Saturday, 19 May 2012

TEMAN BARUKU SEDAR RUPE NYE ITU HADIAH SEBUAH PERPISAHAN..

teman,
saat kau berpaling padaku,
ada nafas resah seakan membelenggumu,
mengingatkan aku kembali pada detik perkenalan lalu,
di situ kita membuai mimpi,
berlabuh dilautan bahagia,
bersama mengutip dedaunan kasih,
ku lihat kau tersenyum dan tertawa,
menangis dan berduka.

kala hujan kita saling berdakapan,
saat terik kita tk pernah berjauhan,,
kita bersama-sama menyusur kepayahan dalam mengatasi kekurangan,
terhenyak bersama mainan kisah-kisah semalam.

sedang matamu menatap buih-buih langit,
bagai ada suram yg terpalit,
ingin ku tanya mngapa,
nmun lidah terasa keluh untuk berbicara,
lalu air matamu jatuh menitis,
baru ku sedar rupanya itulh hadiah sebuah perpisahan.....

:( :( :(
utk MU PEJUANG ISLAM SEJATI <3 <3 <3

ALLAH MAHA BESAR

kan melangkah kaki dgn pasti
... akn menerobos segala onak duri
generasi baru yg telah d nanti
tak takut d caci tak gentar mati

bagai gelombang terus menerjang
utk tumbangkan segala kezaliman
dgn tulus ikhlas utk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera

tak kan surut walau selangkah
tak kan henti walau sejenak
cita kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga

TAZKIRAH...

salam ukhuwah!!!^_^ "perkongsian bersama".
Mengapakah slps BERSIN, kita perlu mengucapkn "ALHMDULILLAH"????
kerana...1) Bersin mengeluarkn penyakit..2) tanda bersyukurnya kita kpd Allah SWT..knp??sbb semasa kita bersin, jantung kita akan b'henti utk seketika..dan slps bersin, apabila kita mampu bernafas smula alhmdulillah syukur kpd Allah krn masih panjangkn umur kita lagii...^_^ slmt b'amal...barakallah

TAZKIRAH...:)

ORANG yang TIDAK menutup AURAT adalah MANUSIA yang PALING KUAT dan PALING BERANI.....
ORANG yang TIDAK menunaikan SOLAT adalah MANUSIA yang PALING KUAT dan PALING BERANI....
ORANG yang TIDAK menngerjakan PUASA adalah MANUSIA yang PALING KUAT dan BERANI....
ORANG yang TIDAK menghormati IBUBAPA adalah MANUSIA yang PALING KUAT dan BERANI.....

mereka KUAT kerana SANGAT tidak TAKUT PADA API NERAKA Allah!!!
mereka KUAT kerana SANGAT berani MELAWAN PERINTAH TUHANNYA!

TETAPI INGATLAH!!!!!

KEKUATAN MEREKA ADALAH KEKUATAN YANG PALING TIDAK BERGUNA DAN SANGAT SANGAT MERUGIKAN BUKAN DI DUNIA SAHAJA MALAH LEBIH PARAH DAN BINASA DI AKHIRAT SANA !!

ADAKAH ANDA SUDAH CUKUP KUAT DAN BERANI??????

AMBIK DARI RANCANGAN TANYALAH USTAZ

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang menjaga pandangan matanya agar tidak tergoda dgn nafsu,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang mengimpikan Syurga dan ingin membawa kita bersamanya,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

“Jika datang (melamar anak gadismu) seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak gadismu itu). Jika tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan kerusakan di muka bumi.” (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lain-lain)

#Tanyalah Ustaz TV9

TAZKIRAH

‎1. Di dalam Al-Quran, tiada konsep Hijab Muslimah. Yang ada hanya ciri HIJAB MUKMINAH (Perempuan-perempuan Beriman).

2. Perempuan-perempuan beriman bererti mereka yang percaya kewujudan Allah, meyakini dan dapat merasakan Allah sentiasa memerhatikannya, percaya dan yakin pada perkara-perkara ghaib. Kepercayaan dan keyakinan yang meresap di hati ini membuatkan tindakan dan tingkahlakunya sentiasa dipandu wahyu. Yang membuahkan individu mukminah yang berpegang teguh pada ajaran agamanya.

3. Bila konsep HIJAB MUKMINAH difahami dengan betul, para mukminah tidak mudah terpesona dengan kosmetik bahasa yang dicatatkan pada nama-nama fesyen seperti Busana Muslimah, Fesyen Islami dan sebagainya. Segala nama fesyen yang disandarkan kepada nama-nama Islami tetapi tidak menepati konsep yang dicirikan Surah Al-Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzaab ayat 59, maka harus dipakai di dalam rumah sahaja atau di hadapan mahram atau boleh juga dipakai di luar rumah dengan menyarung jubah atau abaya yang luas di luar pakaian tersebut.

TAZKIRAH

Bila ada orang buat baik, doakanlah dia.. Bukannya mengutuk dia.. Orang yg mulia adalah orang yg sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain..

Firman Allah s.w.t. yg bermaksud:

"Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

(surah al-Zalzalah)

HIJJAZ SELAWAT SYIFA'





:) :) :) selawat syifa'

SAMBUATAN HARI IBU DUN HULU KELANG MERIAH

Hulu Kelang, 13 Mei 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Sambutan Hari Ibu peringkat DUN Hulu Kelang 2012 yang telah diadakan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat. Sambutan yang bertemakan Ibu Penggerak Masyarakat Berakhlak merupakan program tahunan yang dianjurkan sejak 2008.

Saari menyampaikan perutusan sempena Hari Ibu 2012 peringkat DUN Hulu Kelang

Saari menyampaikan sijil Kursus Refleksologi kali ke-3 DUN Hulu Kelang kepada Pn Nor Hayati Jamaluddin anjuran PKW Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADN Hulu Kelang

Saari menyampaikan anugerah penghargaan berupa beg tangan kepada semua ketua dan setiausaha rumah ibadat di seluruh Hulu Kelang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka

Sebahagian daripada 600 wanita yang hadir pada pada majlis tersebut

Ibu-ibu yang hadir dihiburkan dengan persembahan daripada pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin

PKW Hulu Kelang menyampaikan cenderahati kepada YB Rodziah Ismail sambil diperhatikan oleh Aliza dan Shamshida

Saari bergambar kenangan bersama petugas sambutan Hari Wanita diketuai oleh Cikgu Nor Hayati Jamaluddin

Friday, 11 May 2012

22 Wanita Hulu Kelang Berjaya Mengikuti Kursus Urutan Refleksologi0Posted by babahanin on April 1, 2012 at 10:27 pm

Hulu Kelang, 1 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang telah menganjurkan Kursus Refleksologi Wanita yang telah diadakan di Dewan AU2A/14 Taman Seri Keramat.


Pn Nasimah, tenaga pengajar dari Razma Training and Consultancy yang menjalankan kursus refleksologi



22 orang peserta mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh Pn Nasimah



Peserta melakukan praktikal urutan refleksolgi



Saari menyampaikan ucapan perasmian penutup agar dengan kemahiran yang dipelajari ianya dapat mengeratkan hubungan mesra antara keluarga dan masyarakat dalam memberi khidmat refleksologi



En Zubli Zainordin dari TV Selangor mengajukan beberapa persoalan kepada Saari berkaitan program yang dijalankan






NASYID HIJJAZ: AKU HANYA UMAR....