Friday, 27 December 2013

luahan hati yang sedih

Aku amat sedih sekali,kerana kesalahan yang telah aku lakukan suatu ketika dahulu kini telah aku kehilangan seorang insan yang bernama sepupu,kerana aku ingin membantu sepupu ku yang suka pada dia,pada mulanya aku meminta nombor telefon itu dan biasalah apabila dah dapat no telefon maka hari hari aku akan sms call dan macam macam lagi,tapi kerana ingin membantu sepupuku yang suka pada dia aku pun sms dan kata macam macam pada dia dan setiap hari call dan sms sehingga dia merasakan jemu untuk bercakap dengan ku,sehinggalah kini aku dan dia masih dingin walaupun aku meminta maaf,semua orang menyalahkan aku,aku tahu dan aku faham aku salah maka wajarlah aku dihukum,sampailah suatu masa apabila aku meminta no telefon semua orang tak bagi dan mak ayah aku pula menyekat telefon  aku,masa tu aku menangis hati aku terasa sangat dengan kata kata mereka,dan setelah kejadian itu dia dah tidak layan aku seperti dahulu....aku kadang dimarahi olehnya dan apabila aku mendekat padanya dia seolah olah tidak menyukai aku dan ingin menyuruh aku pergi dari dia..benda tu dah berlalu beberapa tahun..tapi keadaan kami masih dingin..ya aku mengaku aku sayang dia tapi tak lebih dari seorang sepupu...betapa peritnya aku untuk menerima semua ini hanya kerana telefon itu...aku sedar diri aku siapa..aku tiada kawan aku tiada apa apa, orang kata aku macam tiada masa hadapan...sungguh aku sedar diri ini...aku tahu aku seorang perempuan yang baik malah untuk menjadi baik pun aku tak mampu...siapa lah aku ini jika nak dibandingkan kalian yang pandai yang baik yang cemerlang dalam hidup sedang aku tidak ada apa apa yang mendatangkan hasil...aku merasakan sepupuku semua tidak menyukaiku belah ayah ku juga tidak menyukai ku...lagipun ramai orang yang tak sudi nak bercakap denganku...cuma apabila mereka terpaksa bercakap dengan aku barulah mereka akan bercakap...dalam hidup ni semua orang tak suka aku..sedari aku kecil orang tak nak bercakap dengan aku...tapi pun nak bercakap dengan orang..kerana aku pun nak juga ada kawan...hati aku amat sunyi..hanya berangan sahaja yang hilangkan rasa sunyi aku..hanya dengan itu dapat aku lupakn segala kisah hidup yang sedih pada aku...hanya dengan berangan sahaja aku menjadi tenang dan gembira...aku hanya ada angan angan tapi angan angan itu tidak nyata dalam kehidupan sebenar aku...aku sayang semua orang sedang semua orang seperti sisihkan aku....bagiamana aku nak teruskan hidup jika aku sendiri tahu menyusahkan hidup orang....? ramai kawan kawan ku tak nak berkawan dengan ku kerana mak ayah diaorang tak bagi aku berkawan dengan mereka...dimana aku harus temui kawan aku juga ingin berkawan dengan ikhlas...aku sedih dimana harus aku temui kawan agaknya aku tak layak untuk berkwan...hanya mereka sahaja yang mampu untuk berkawan..aku sedar diri aku yang tidak sempurna seperti mereka...agaknya kalau aku ada suamipun pasti dia akan menceraikan aku sbb bosan hidup dengan aku..ataupun aku mungkin akan disiksa olehnya atau entahlah....yang pasti aku cemburu dengan semua orang...jika itu yang terbaik untuk aku,aku pasrah... kerana aku sedar diri ini tidak layak untuk apa apa pun...

Tuesday, 24 December 2013

SAJAK SEPUPU UNTUK ALLAH.

Oh Allah,
Terlalu banyak kesalahanku kepadamu,
Namun kemaafanmu terlalu luas,
Andai saja ditimbang amalku,
Pasti kejahatanku lebih berat.

Oh Allah,
Rahmatmu terlalu luas,
Namun aku selalu lari,
Aku tidak reti bersyukur,
Selalu aku bersikap tamak.
Oh  Allah,
Kpohon kemaafan darimu,
Untuk mendapatkan kemaafan,
Untuk diriku yang disalut dengan dosa,
Semoga Engkau mendengar rintihanku,
Wahai Tuhanku ,Ya Allah.........

nukilan si sepupu ku yang rapat...

Monday, 11 November 2013

aku seorang sahaja perempuan dalam adik beradikku.seringkali aku bertanya kepada mamaku "mama..kenapa adik seorang sahaja perempuan dalam keluarga ni?" sambil tersenyum mamaku menjawab "mama pun perempuan.." aku tersenyum lalu berkata "maksud adik kenapa dalam adik beradik adik,adik seorang sahaja perempuan?" mama memandang babah seketika, lalu babah pun mengambil tempat untuk membalas pertanyaanku "adik tengok kawan adik fadhilah tu,dia seorang je tak de adik beradik,dia anak tunggal jadi adik kenalah bersyukur..." aku pun termakan dengan pujukan babah..aku pun kembali bermain dengan anak patung.
selepas beberapa bulan, mama dan babah memanggil kami semua " hariz haikal adik,tak lama lagi kalian akan dapat baby baru" kami semua seronok nak dapat baby baru..aku pun bertanya pada babah dan mama "mama babah baby baru adik tu lelaki ke perempuan?" mama ku berkata "mama dan babah tak tahu lagi," aku pun tersenyum dan berkata "ooo ok" beberapa hari aku berfikir kalau aku dapat adik perempuan,aku nak jaga dia,nak sayang dia,begitulah setiap hari aku berfikir,

kini sampailah masanya mama dah nak bersalin,babah bawa mama ke hospital ampang puteri,dan dokter memberitahu tunggu beberapa hari lagi, mama ditempatkan wad bersalin,lalu maksu dan paksu dan anak anak nye datang melawat maembantu segala persiapan,untuk adik baby yang comel..dalam fikiranku aku ingatkan dapatlah seorang adik perempuan aku berharap sangat ketika itu...hanya allah sahaja yang tahu..selepas itu babah belanja aku,hariz dan haikal makan pizza hut..sungguh menyelerakan..setelah kenyang aku hariz haikal balik ke rumah babah yang hantar..

setelah beberapa hari,babah call phond rumah dan berkata pada hariz yang mama dah selamat bersalin...waktu itu aku hanya diam kerana aku sangat cemburu dengan adik baby,betapa peritnya aku,aku berfikir lepas ni mama dan babah dah tak sayangkan aku lagi,bermakna aku akan seorang dan adik baby itu pasti dapat perhatian yang lebih,setelah leka berfikir maksu paksu dan anak anak mengambil kami untuk melihat adik baby..

sesampai disana babah kata baby ditempatkan ke wad baby.hanya orang besar sahaja yang boleh masuk,abang aku yang pertama iaitu hariz boleh masuk haikal tak pasti yang pasti aku tak boleh masuk kerana tak cukup umur, diwaktu itu aku rasakan semua orang tak sayang aku,

setelah beberapa minit aku melawat mama..babah dan mama pun suruh maksu paksu hantar aku balik dalam perjalanan menuju ke rumah,aku bertanya "cuyah baby adik lelaki ke perempuan?" maksu pun menjawab "baby lelaki" aku "ooo" waktu itu rasa ingin sangat menangis hanya allah yang tahu jiwa aku..lama kelamaan aku pun boleh terima takdir itu... 2003

sekarang 2013 nak masuk 2014..
adikku dah besar aku pun dah besar,
inilah gambar aku dan adik ku wahai blogger 
inilah adik busyuk ku...

Wednesday, 21 August 2013

ya allah,kenapa hidup ini terlalu sukar untuk aku?
kenapa mesti orang pandang sebelah mata pada aku?
kenapa aku rase macam disisihkan oleh kawan aku?
kenapa aku jadi seorang yang pendek akal?
kenapa aku tak pandai seperti mereka yang lain?
dalam keluarga aku,aku seorang yang tidak berpelajaran tinggi.
dalam mereka berbicara tentang sekolah kolej universiti,aku hanya menahan sedih dan rasa iri hati.
kadang kadang aku terfikir tidak adakah soalan yang lain dituju?
mengapa mesti perkara itu yang disebut...aku tahu mereka berpelajaran tinggi nak dibandingkan aku yang hanya duduk dirumah..
kadangkala mereka bertanya kepada aku "kamu sekolah mana?"
aku sekadar senyum seraya itu berkata "aku tak sekolah"
mereka "oooo, sekarang kamu buat apa?"
aku hanya diam dan senyum hanya allah sahaja yang tahu apa yang bergolak dalam hati...aku pun mula berkata sambil melawak dan menghiburkan hati aku "aku tengah tunggu orang datang meminang aku" kemudian aku tergelak sendiri...tapi dalam hati aku berkata ada ke orang nak kat aku?
ermmmm....inilah kehidupan yang patut aku terima dengan hati yang reda..... semoga allah bagi aku rezeki yang halal...

Thursday, 4 July 2013

wohoho aku pakai pashmina

buat pertama kalinya aku pakai selendang atau dikenali sebagai pashmina labuh, dan timbul perasaan gedik dalam hatiku...
"oh aku ni cantik comel rupenya apabila pakai begini"
"wah mesti orang akan puji aku nanti"
"bahagianya pakai begini untuk orang lain lihat pasti aku cantik..."
dan tetiba pula hati kecil ku berkata kata seperti menegur kesilapan aku...
"kau ni pakai tashmina atau selendang labuh ni untuk orang melihat ke atau apa?"
"bukankah kamu berpakaian begini untuk menutup aurat dari lelaki 2 ajnabi?"
"ikhlaskah kau pakai begini atau adakah kau hanya nak riak sahaja yang kononnya kau ni baik solehah begitukah?
:kalau begitu lah cara kau...aku rasa baik kau takyah pakai ..."
aku pun terfikir sejenak ..untuk muhasabah diri  baru lah aku tersedar dari perasaan yang tidak begitu enak.
dan cepatcepat aku istighfar dalam hati..
sekian assalamualaikum......

Sunday, 26 May 2013

FIKIRKAN AKU BOLEH!

JIKA AKU FIKIRKAN AKU BOLEH
AKU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN
JIKA AKU FIKIRKAN RAGU RAGU
USAHAKU TIDAK MENENTU
JIKA AKU FIKIRKAN KEKALAHAN
AKU MENGHAMPIRI KEGAGALAN
JIKA AKU FIKIRKAN KEMENANGAN
AKU HAMPIRI KEJAYAAN
AKU LAH APA YANG AKU FIKIRKAN
TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN
AKU FIKIR BOLEH MELAKUKAN
FIKIRKAN BOLEH
PERCAYA APA YANG AKU LAKUKAN
TABAH APA YANG AKU USAHAKAN
BERTINDAK ATAS KEMAMPUAN
AKU BOLEH
AKU BOLEH
DAN
AKU BOLEH
DENGAN IZINNYA INSYAALLAH
YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH USAHA AKU REDHAKAN AKAN DIRIKU
YA ALLAH BERILAH ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK AKU PELAJARI
AKU MINTA MAAF ATAS KESILAPAN AKU YANG SELALU BUAT ENGKAU MARAH
DAN AKU SENANTIASA INGKAR ATAS ARAH YANG AKU SURUH..
YA ALLAH SESUNGGUHNYA HIDUP DAN MATI KU HANYALAH UNTUKMU
AMPUNI AKU YA ALLAH
YA ALLAH TINGGI KAN DARJAT KEDUA IBU BAPA KU DAN GURU GURU KU YA ALLAH AMPYUNI KEDUA IBU BAPA KU YA ALLAH AMPUNI SEMUA KESALAH MAMA BABAH ABANG ABANG DAN KU...YA ALLAH BERJAYAKAN LAH AKU DI DUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT
YA ALLAH HAPUSKAN SEGALA NIAT JAHAT AKU YA ALLAH BETULKAN LAH NIAT AKU YA ALLAH BANTU LAH AKU UNTUK ISTIQOMAH DALAM APA YANG AKU LAKUKAN..
YA ALLAH BETULKAN LAH AZAM AKU...
YA ALLAH ANDAI DIRI BISA MENGGAPAI APA YANG AKU PEROLEHI MAKA AKU AKAN BERSUJUD SYUKUR INSYAALLAH ITU LAH JANJI AKU.
YA ALLAH KAU SEMBUHKAN LAH PENYAKIT MAMA DAN BABAH
YA ALLAH SEMBUHKAN PENYAKIT AKU YAKNI PENYAKIT HATI
YA ALLAH REDHA AKU SYAFAATKAN KEDUA IBU BAPA KU KELUARGAKU DAN SAHABAT SABAHAT HANDAIKU DAN AKU YA ALLAH
YA ALLAH AKU MEMINTA AMPUN ATASA KESALAHAN KETERLAJURAN AKU PADA MU DAN KATA KATA SEPERTI PEDANG YANG TAJAM...YA ALLAH PERBETULKAN AKIDAHKU DAN PERBETULKAN SEGALA AMALN KU YA ALLAH ANDAI ESOK AKU SUDAH TIADA BAGAIMANA AKU NAK MENJAWAB SEMUA PERSOALAN ENGKAU DIA AKHIRAT KELAK YAKNI DI PADANG MAHSYAR?...
YA ALLAH AKU INGIN MENGGAPAI REDHA ENGKAU
AMPUNKAN DAKU SEMUA KESALAHAN KU AMPUN DOSA DOSA SEKELUARGA DAN KAWAN JUGA SAHABAT AKU...SYAFAAT KAN MEREKA
YA ALLAH AMPUNI KESALAH ATAS PERBUATAN ORANG YANG JAHIL AGAMA INI...
YA ALLAH AKU INGIN MASUK SYURGAMU YANG NAN INDAH YA ALLAH PELIHARALAH KEHORMATAN AKU SEBAGAI SEORANG MUJAHIDAH...
AMINN YA RABBAL ALAMINN SEMOGA ENGKAU MAKBULKAN DOAKU YANG TULUS INI ....
AKU CINTA AKU RINDU KEPADA MU YA ALLAH...SEMOGA CINTA KITA TERUS KEKEL HAPUS KAN SIFAT JAHAT KU...AMIN YA RABB :) :) :(

AIR MATA KEINSAFAN YANG MENGALIR DIMALAM SEPI INILAH DIA PELEMBUT JIWA ...KASIH ILLAHI...
RINTIHAN DI PERTIGA MALAM DARI SEORANG HAMBA YANG DHOIF  KERNA MENGENANG SEGALA DOSA MOGA MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ILLAHI
SETIAP KEKASIH ALLAH MENEPUHI JALAN INI
UNTUK MEREKA MEMILIKI KEJAYAAN ...
AYUH BERSAMA KITA SUSULI PERJALANAN KEKASIH ALLAH UNTUK KITA TIADA RUGI DALAM MENITI HIDUP INI..
DERAIAN AIR MATA INI TITISAN YANG PALING BERHARGA BUAT MENYIMBAH API NERAKA MOGA SELAMAT DITITIAN SIRAT BAHAGIA MENUJU SYURGA ABADI....
WALLAHU A' LAM..

Tuesday, 2 April 2013

sekarang si dia dah masuk asrama sedar tak sedar aku tak ingat dah berapa lama sidia dah masuk asrama, mulanya kami ni sudah berjanji takkan masuk asrama, dan janji nya begini "kami takkan duduk asrama! asrama ini leceh nak kena buat itu yang kene buat ini" padahal kami ni pemalas sahaja yang lebih...bila dia dah masuk asrama  aku pun bertanya "dimana janji kita dulu?" dia hanya senyum dan memberi jawapan "kerana ummi abah dan diri aku yang suruh masuk asrama,biar diri ini banyak ilmu dari kekurangan ilmu akhirat" dia pon bertanya pada aku "kau tak nak duduk asrama ke? bessttt duk asrama"aku kata padanya"tak best lah bukannya ada apa apa pon...asyik kena marah sahaja bosan!! then bukannya ada yang menarik pon!" begitu lah respon ku ini...dan dia pon berkata "namanya menuntut ilmu mana ada yang best nak best lepas berjaya nantilah!" bila aku terkenangkan balik kisah kami berdua ini aku merasa kan yang aku ini banyak sangat nak itu nak ini....sedang dia biasa sahaja mungkin juga hidup aku terbiasa dengan keselesaan sedang asrama tak ada yang selesa,jadi aku pon mengada ngada lah nak itu nak i ni kalau boleh nak ada aircond di asrama huh banyak cantik muka aku!
heheheh....

BERKISAR TENTANG AGAMA ISLAM..

ISLAM,AGAMA YANG DITERIMA OLEH ALLAH

Juz 1,surah Al Baqarah,ayat:112
FIRMAN ALLAH S.W.T. YANG BERMAKSUD:
<apa yang kamu katakan itu tidaklah benar> bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada allah <mematuhi perintahnya> sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya,maka dia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan <dari berlakunya kejadian yang tidak baik> terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.....


juzuk 1,surah albaqarah,ayat:213
FIRMAN ALLAH S.W.T. YANG BERMAKSUD:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu <menurut agama allah yang satu,tetapi setelah mereka berselisihan>.Maka Allah mengutuskan para nabi pemberi berita gembira <kepada orang orang yang beriman dengan balasan syurga>dan memberi amaran <kepada orang yang ingkar dengan balasan azab neraka>.Dia juga menurunkan bersama nabi nabi itu kitab kitab suci yang benar kepada mereka untuk menjalankan hukum dikalangan manusia dalam perkara perkara yang meraka perselihkan.Perselisihan tidak berlaku kecuali mereka yang diberikan kitab tidak berdengki dengki sesama mereka selepas menerima keterangan yang benar.ALLAH memberi petunjuk kepada orang beriman dengan izinnya tentang perkara perkara yang mereka perselihkan dan allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus..



Wednesday, 6 March 2013

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM..

WAHAI ANAKKU,

~jangan lah kamu mensyirikkan allah.
~berbaktilah kepada kedua ibu bapamu.
~taatlah kepada ibu bapa dalam perkara perkara yang diizinkan oleh allah.
~lakukanlah amalan soleh dan solehah setiap masa.
~dirikanlah solat.
~suruhlah manusia melakukan kebaikan dan cegahlah kemungkaran.
~tanamkan sifat sabar dalam dirimu.
~janganlah kamu menyombang diri.
~bersederhana ketika berjalan dan bercakap...


:) :) :D  ~NASIHAT LUQMAN AL HAKIM~ :) :) :D

MARIDHALLAHU ILLA FI RIDHA ~IL~ WALIDAINI.

ASSALAMUALAIKUM,
SAHABAT SAHABAT SEPERJUANGAN,
DISINI SAYA INGIN MEMBERI SEDIKIT ILMU DAN JUGA NASIHAT,SUPAYA IA LEBIH BERMANFAAT BUAT SAHABAT SAHABAT SEMUA,
ILMU DAN NASIHAT INI IALAH TENTANG REDHA IBU BAPA,

Maridhallahu illa fi ridha ~il~ walidaini <redha allah terletak pada redha ibu bapa>
Ma baqa ~ul~ kaunu illa bi hananil abawaini<tiada kejadian yang kekal tanpa kasih keduanya>
Abul insanu ba'dah allah aula bil mahabbah<selepas allah keduanya paling utama dincinta>
Kullu man yughdhibu illa au aba yughdhibu rabbah<memarahi keduanya memarahi allah jua>
Fa ahibbu abawaikum lita' isyu su'adak<cintailah keduanya agar hidup mu bahagia>
Wabzulur ruha fidahum tajirul khairal jazak<pertahan sepenuh jiwa sebaik baik perkara>

semoga ianya bermanfaat buat sahabat sahabat semua :) :) :)

Wednesday, 23 January 2013

Friday, 4 January 2013

KISAH BENAR

seorang lelaki iraq ingin berkenalan denganku
dan dia berkata "you love me?" ya allah mengapa perkara ini yang harus terjadi? aku tidak suka perkara ini mengapa masih ada manusia sebegitu rupa?
ini dialog aku dengan orang iraq itu

orang iraq: hi
aku: yes?
orang iraq: haw ar u?
aku: im fine can you speak in malay?
orang iraq: no? sorry
aku: oh its ok how are you?
orang iraq: im fine
aku: what you name you islam?
orang iraq: rezdar
aku:oh
orang iraq: my nym is rezdar
aku: ok
orang iraq: do you love me?
aku:?
orang iraq: ?
aku: what you meaning? sorry we just friend...ermm..you islam or not?
orang iraq: yes im islam
aku: owh.you know in islam cant love?
orang iraq: yes
aku: good so we just friend       <acuh tak acuh sahaja aku berkata demikian>
orang iraq: i will go 
aku: ok assalamualaikum...



alhamdulillah sekurang kurang nye aku tak terjebak dalam ke kancah yang lebih dosa...ya allah terima kasih kerana menyelamatkan ku dari kejahatan yang tersembunyi...alhamdulillah..

KELUARGA BAHAGIA


SEMUA INGINKAN KELUARGA BAHAGIA..

kehidupan in team

Azamku

ASSALAMUALAIKUM.
kali ini azam ku ialah
@membuat tahfiz sepenuh hati..aku tidak akan main main lagi seperti dahulu..
@aku nak buat yang terbaik untuk aku juga ibu bapaku
@aku inginkan keredhaan allah
@aku berazam akan menjadi seorang hafizah yang diberkati oleh allah dan rasul.
@aku ingin melihat keluargaku bahagia didunia juga diakhirat
@aku ingin menjadi wanita solehah walaupun ilmu ku kurang
@aku nak tambah kan ilmu tak kira ilmu appa sekali pun.
@aku ingin menjadi manusia serba boleh insyaallah
@aku inginkan syurga yang abadi
 ya allah beri lah hamba kekuatan untuk menggapai redhamu ya allah ya tuhanku makbulkanlah doaku hambamu ingin menjadi seorang hafizah yang diredhai olehmu...ya allah ampunkanlah ibu bapa ku ampun kan lah adik beradik ku ampunkan lah abang abang juga adik ku keluargaku ampun kan lah daku ampun kan lah umat islam diseluruh dunia ya allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...kau berilah hidayah pada orang yang kafir....amin ya rabb

selamat tahun baru semua..semoga pengalaman kita yang lepas akan menjadikan kita lebih dewasa..

KEHIDUPANKU

Kehidupan ku tidaklah kaya dan tidaklah miskin jawapan yang lebih tepat ialah sederhana..alhamdulillah allah bagi rezeki yang melimpah ruah buat hambanya...aku jenis yang suka makan...jika aku bosan aku selalu makan sbb tulah badan aku selalu je comel pada pandangan aku...huhu..aku seorang yang perasan,maklumlah aku seorang saja anak perempuan...kekadang tu aku suka mencuci mata dengan memandang lelaki...hahhaa...normal la remaja...tapi aku perpada pada,,,ustaz aku selalu kata jangan pandang sangat orang lelaki ajnabi sbb nye nanti jatuh ke hati dan membolehkan ia kepada zina hati...bila memikirkan itu aku takut sangat so aku pun taubat,,,dari situ aku tidak lagi mencuci mata melihat lelaki ajnabi..aku tak banyak kawan,yelah siapa lah yang sudi berkwan dengan aku? kalau nakberkawan mesti dapat yang mengambil kesempatan..eh aku ada suami seekor nama nya boody..hahahaaa....sedap kan nama dia,aku sayang sangat kat dia..tapi boody aku tu selalu je curang ngan aku kejap kejap maria sana dan maria sini....akhir sekali kalau minta makanan sudah tentu lah aku yang jadi mangsa kekadang tu aku malas bagi so  ibu mertuanye lah yang selalu bagi.apa jenis isteri aku ni?...bila aku membelai boody mulalah dia buat mengada ngada...kekadang tu dia tak nak balik pun bila lapar baru cari aku ape punya boody ni pun aku tak tahu lah..tapikan aku tak tahu siapa ibu mertuaku kerana boody aku tu aku ambil dia dari rumah sahabat aku nama nya nur adlin sofia..kesian boody sebabnya waktu tu dia kurap dia hodoh dan sakit mata juga sakit selesema..jadi akuni kesian bawak lah dia kerumah dan keklinik alhamdulillah dia sudahnpun sihat sampai sekarang.yang aku tak puasnya dia curang ngan aku tak tahu nak bersyukur langsung..!!!! ok lah aku rase penat assalamualaikum