Tuesday, 2 April 2013

sekarang si dia dah masuk asrama sedar tak sedar aku tak ingat dah berapa lama sidia dah masuk asrama, mulanya kami ni sudah berjanji takkan masuk asrama, dan janji nya begini "kami takkan duduk asrama! asrama ini leceh nak kena buat itu yang kene buat ini" padahal kami ni pemalas sahaja yang lebih...bila dia dah masuk asrama  aku pun bertanya "dimana janji kita dulu?" dia hanya senyum dan memberi jawapan "kerana ummi abah dan diri aku yang suruh masuk asrama,biar diri ini banyak ilmu dari kekurangan ilmu akhirat" dia pon bertanya pada aku "kau tak nak duduk asrama ke? bessttt duk asrama"aku kata padanya"tak best lah bukannya ada apa apa pon...asyik kena marah sahaja bosan!! then bukannya ada yang menarik pon!" begitu lah respon ku ini...dan dia pon berkata "namanya menuntut ilmu mana ada yang best nak best lepas berjaya nantilah!" bila aku terkenangkan balik kisah kami berdua ini aku merasa kan yang aku ini banyak sangat nak itu nak ini....sedang dia biasa sahaja mungkin juga hidup aku terbiasa dengan keselesaan sedang asrama tak ada yang selesa,jadi aku pon mengada ngada lah nak itu nak i ni kalau boleh nak ada aircond di asrama huh banyak cantik muka aku!
heheheh....

BERKISAR TENTANG AGAMA ISLAM..

ISLAM,AGAMA YANG DITERIMA OLEH ALLAH

Juz 1,surah Al Baqarah,ayat:112
FIRMAN ALLAH S.W.T. YANG BERMAKSUD:
<apa yang kamu katakan itu tidaklah benar> bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada allah <mematuhi perintahnya> sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya,maka dia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan <dari berlakunya kejadian yang tidak baik> terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.....


juzuk 1,surah albaqarah,ayat:213
FIRMAN ALLAH S.W.T. YANG BERMAKSUD:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu <menurut agama allah yang satu,tetapi setelah mereka berselisihan>.Maka Allah mengutuskan para nabi pemberi berita gembira <kepada orang orang yang beriman dengan balasan syurga>dan memberi amaran <kepada orang yang ingkar dengan balasan azab neraka>.Dia juga menurunkan bersama nabi nabi itu kitab kitab suci yang benar kepada mereka untuk menjalankan hukum dikalangan manusia dalam perkara perkara yang meraka perselihkan.Perselisihan tidak berlaku kecuali mereka yang diberikan kitab tidak berdengki dengki sesama mereka selepas menerima keterangan yang benar.ALLAH memberi petunjuk kepada orang beriman dengan izinnya tentang perkara perkara yang mereka perselihkan dan allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus..