Wednesday, 21 August 2013

ya allah,kenapa hidup ini terlalu sukar untuk aku?
kenapa mesti orang pandang sebelah mata pada aku?
kenapa aku rase macam disisihkan oleh kawan aku?
kenapa aku jadi seorang yang pendek akal?
kenapa aku tak pandai seperti mereka yang lain?
dalam keluarga aku,aku seorang yang tidak berpelajaran tinggi.
dalam mereka berbicara tentang sekolah kolej universiti,aku hanya menahan sedih dan rasa iri hati.
kadang kadang aku terfikir tidak adakah soalan yang lain dituju?
mengapa mesti perkara itu yang disebut...aku tahu mereka berpelajaran tinggi nak dibandingkan aku yang hanya duduk dirumah..
kadangkala mereka bertanya kepada aku "kamu sekolah mana?"
aku sekadar senyum seraya itu berkata "aku tak sekolah"
mereka "oooo, sekarang kamu buat apa?"
aku hanya diam dan senyum hanya allah sahaja yang tahu apa yang bergolak dalam hati...aku pun mula berkata sambil melawak dan menghiburkan hati aku "aku tengah tunggu orang datang meminang aku" kemudian aku tergelak sendiri...tapi dalam hati aku berkata ada ke orang nak kat aku?
ermmmm....inilah kehidupan yang patut aku terima dengan hati yang reda..... semoga allah bagi aku rezeki yang halal...