Monday, 11 November 2013

aku seorang sahaja perempuan dalam adik beradikku.seringkali aku bertanya kepada mamaku "mama..kenapa adik seorang sahaja perempuan dalam keluarga ni?" sambil tersenyum mamaku menjawab "mama pun perempuan.." aku tersenyum lalu berkata "maksud adik kenapa dalam adik beradik adik,adik seorang sahaja perempuan?" mama memandang babah seketika, lalu babah pun mengambil tempat untuk membalas pertanyaanku "adik tengok kawan adik fadhilah tu,dia seorang je tak de adik beradik,dia anak tunggal jadi adik kenalah bersyukur..." aku pun termakan dengan pujukan babah..aku pun kembali bermain dengan anak patung.
selepas beberapa bulan, mama dan babah memanggil kami semua " hariz haikal adik,tak lama lagi kalian akan dapat baby baru" kami semua seronok nak dapat baby baru..aku pun bertanya pada babah dan mama "mama babah baby baru adik tu lelaki ke perempuan?" mama ku berkata "mama dan babah tak tahu lagi," aku pun tersenyum dan berkata "ooo ok" beberapa hari aku berfikir kalau aku dapat adik perempuan,aku nak jaga dia,nak sayang dia,begitulah setiap hari aku berfikir,

kini sampailah masanya mama dah nak bersalin,babah bawa mama ke hospital ampang puteri,dan dokter memberitahu tunggu beberapa hari lagi, mama ditempatkan wad bersalin,lalu maksu dan paksu dan anak anak nye datang melawat maembantu segala persiapan,untuk adik baby yang comel..dalam fikiranku aku ingatkan dapatlah seorang adik perempuan aku berharap sangat ketika itu...hanya allah sahaja yang tahu..selepas itu babah belanja aku,hariz dan haikal makan pizza hut..sungguh menyelerakan..setelah kenyang aku hariz haikal balik ke rumah babah yang hantar..

setelah beberapa hari,babah call phond rumah dan berkata pada hariz yang mama dah selamat bersalin...waktu itu aku hanya diam kerana aku sangat cemburu dengan adik baby,betapa peritnya aku,aku berfikir lepas ni mama dan babah dah tak sayangkan aku lagi,bermakna aku akan seorang dan adik baby itu pasti dapat perhatian yang lebih,setelah leka berfikir maksu paksu dan anak anak mengambil kami untuk melihat adik baby..

sesampai disana babah kata baby ditempatkan ke wad baby.hanya orang besar sahaja yang boleh masuk,abang aku yang pertama iaitu hariz boleh masuk haikal tak pasti yang pasti aku tak boleh masuk kerana tak cukup umur, diwaktu itu aku rasakan semua orang tak sayang aku,

setelah beberapa minit aku melawat mama..babah dan mama pun suruh maksu paksu hantar aku balik dalam perjalanan menuju ke rumah,aku bertanya "cuyah baby adik lelaki ke perempuan?" maksu pun menjawab "baby lelaki" aku "ooo" waktu itu rasa ingin sangat menangis hanya allah yang tahu jiwa aku..lama kelamaan aku pun boleh terima takdir itu... 2003

sekarang 2013 nak masuk 2014..
adikku dah besar aku pun dah besar,
inilah gambar aku dan adik ku wahai blogger 
inilah adik busyuk ku...