Friday, 27 December 2013

luahan hati yang sedih

Aku amat sedih sekali,kerana kesalahan yang telah aku lakukan suatu ketika dahulu kini telah aku kehilangan seorang insan yang bernama sepupu,kerana aku ingin membantu sepupu ku yang suka pada dia,pada mulanya aku meminta nombor telefon itu dan biasalah apabila dah dapat no telefon maka hari hari aku akan sms call dan macam macam lagi,tapi kerana ingin membantu sepupuku yang suka pada dia aku pun sms dan kata macam macam pada dia dan setiap hari call dan sms sehingga dia merasakan jemu untuk bercakap dengan ku,sehinggalah kini aku dan dia masih dingin walaupun aku meminta maaf,semua orang menyalahkan aku,aku tahu dan aku faham aku salah maka wajarlah aku dihukum,sampailah suatu masa apabila aku meminta no telefon semua orang tak bagi dan mak ayah aku pula menyekat telefon  aku,masa tu aku menangis hati aku terasa sangat dengan kata kata mereka,dan setelah kejadian itu dia dah tidak layan aku seperti dahulu....aku kadang dimarahi olehnya dan apabila aku mendekat padanya dia seolah olah tidak menyukai aku dan ingin menyuruh aku pergi dari dia..benda tu dah berlalu beberapa tahun..tapi keadaan kami masih dingin..ya aku mengaku aku sayang dia tapi tak lebih dari seorang sepupu...betapa peritnya aku untuk menerima semua ini hanya kerana telefon itu...aku sedar diri aku siapa..aku tiada kawan aku tiada apa apa, orang kata aku macam tiada masa hadapan...sungguh aku sedar diri ini...aku tahu aku seorang perempuan yang baik malah untuk menjadi baik pun aku tak mampu...siapa lah aku ini jika nak dibandingkan kalian yang pandai yang baik yang cemerlang dalam hidup sedang aku tidak ada apa apa yang mendatangkan hasil...aku merasakan sepupuku semua tidak menyukaiku belah ayah ku juga tidak menyukai ku...lagipun ramai orang yang tak sudi nak bercakap denganku...cuma apabila mereka terpaksa bercakap dengan aku barulah mereka akan bercakap...dalam hidup ni semua orang tak suka aku..sedari aku kecil orang tak nak bercakap dengan aku...tapi pun nak bercakap dengan orang..kerana aku pun nak juga ada kawan...hati aku amat sunyi..hanya berangan sahaja yang hilangkan rasa sunyi aku..hanya dengan itu dapat aku lupakn segala kisah hidup yang sedih pada aku...hanya dengan berangan sahaja aku menjadi tenang dan gembira...aku hanya ada angan angan tapi angan angan itu tidak nyata dalam kehidupan sebenar aku...aku sayang semua orang sedang semua orang seperti sisihkan aku....bagiamana aku nak teruskan hidup jika aku sendiri tahu menyusahkan hidup orang....? ramai kawan kawan ku tak nak berkawan dengan ku kerana mak ayah diaorang tak bagi aku berkawan dengan mereka...dimana aku harus temui kawan aku juga ingin berkawan dengan ikhlas...aku sedih dimana harus aku temui kawan agaknya aku tak layak untuk berkwan...hanya mereka sahaja yang mampu untuk berkawan..aku sedar diri aku yang tidak sempurna seperti mereka...agaknya kalau aku ada suamipun pasti dia akan menceraikan aku sbb bosan hidup dengan aku..ataupun aku mungkin akan disiksa olehnya atau entahlah....yang pasti aku cemburu dengan semua orang...jika itu yang terbaik untuk aku,aku pasrah... kerana aku sedar diri ini tidak layak untuk apa apa pun...

Tuesday, 24 December 2013

SAJAK SEPUPU UNTUK ALLAH.

Oh Allah,
Terlalu banyak kesalahanku kepadamu,
Namun kemaafanmu terlalu luas,
Andai saja ditimbang amalku,
Pasti kejahatanku lebih berat.

Oh Allah,
Rahmatmu terlalu luas,
Namun aku selalu lari,
Aku tidak reti bersyukur,
Selalu aku bersikap tamak.
Oh  Allah,
Kpohon kemaafan darimu,
Untuk mendapatkan kemaafan,
Untuk diriku yang disalut dengan dosa,
Semoga Engkau mendengar rintihanku,
Wahai Tuhanku ,Ya Allah.........

nukilan si sepupu ku yang rapat...