Aku jenis yang malas belajar sebab semua yang aku belajar semua yang diajarkan oleh guru atau sesiapa pun tak akan masuk dalam otak pemikiran aku,
aku malas belajar sebab belajar tu bosan
aku belajar sebab aku tak dapat fahami apa yang guru ajar.
aku hanya dengar tapi tak faham.
kalau cikgu suruh buat amali,aku tak akan dapat buat,
aku malu dengan orang,
aku nak guru yang fahami aku,aku tak nak guru yang garang,
aku nak belajar tapi seorang guru itu harus sabar melayani setiap karenah aku,,,
bukannya aku tak nak belajar,
tapi otak aku ni langsung tak dapat mencerna apa yang aku belajar...
otak aku ni macam tak berfungsi
aku jelez dengan mereka semua yang duduk belajar dengan aku sebab mereka senang je nak mencerna apa yang guru mengajar aku ni macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri kalau aku mencerna betul betul aku akan jadi pening sakit kepala aku tension belajar sebab benda ni lah terutamanye masa kelas matematiks aku akan sakit kepala belah kiri sebab aku tak boleh dan tak reti nak mengira bahagi darab dan tolak tambah tu aku no hal boleh je tapi apabila suruh kira laju laju aku tak boleh lah nak buat,sebab mak dan ayah aku kata aku ada disleksia...lambat belajar,bahasa inggeris aku tak boleh nak fahami tapi sikit sikit je aku boleh,tapi kalau baca buku bahasa melayu aku no hal boleh je...kalau baca bahasa arab boleh cume tergagap dan tak mampu nak hafal dan juga fahami...kalau baca jawi sikit sikit je boleh...ermmmm...penat dengan semua ni aku rasa macam hidup ni tak bermakna,aku tahu itu dosa tapi itulah yang aku rasa,aku tak boleh belajar dalam diri aku selalu aku berkata bagaimana hidup aku akan datang jika ibubapa ku tiada disisi harapkan abang abang dan adik aku hemmmmm hampeh!
aku malu lah dengan diri aku rasa cam tak beharga aku bosan dengan semua ni!
aku rasa cam tak boleh belajar,setiap kali belajar aku tak boleh nak belajar sebab aku tak mampu...
aku cemburu lah dengan keluarga aku semua boleh belajar aku tak boleh belajar.
hah! lagi satu sebab aku ada masalah pertuturan percakapan...ini pun memang aku ada sedari kecil...aku selalu akan mendiamkan diri kadang kadang aku rasa nak bersembang dengan kawan kawan saudara mara dan macam macam lagi...ermmm....keluhan demi keluhan yang bersarang dalam hati kini terlahir di blog...
sampai disini sahaja yea...jumpa lagi wassalam...hahhaa..macam lah ada orang baca... :P :P :P :P