Thursday, 3 July 2014

KETIKA KECILKU.

ASSALAMUALAIKUM..
sudah lama aku tidak membuka blogger ini..kini dah masuk 2014 dan sudah pun masuk bulan yang paling mulia iaitu bulan ramadhan almubarak..
ALHAMDULILLAH diucapkan kepad allah subhanallah taala kerana dia telah memberi kita rasa bulan ramadhan pada tahun ini...di dalam bulan ramadhan ini banyak yang aku merubahkan diriku..dari tidak solat terawih kepada solat terawih dari berzikir lapar lapar kini aku mendiamkan diri dan tidak menyebut perkataan lapar cume sesekali tu mestila adakan...
ermm...bulan ramadhan ini aku merasakan sangat berharga pada diri aku kerana aku telah mendapat sesuatu yang tidak pernah aku dapatkan sebelum ini...okey kita tukar topiklah kepada yang lain,tapi still kepada topik bulan puasa kita bercerita tentang karenah berpuasa masa kecilku..

Adalah suatu hari itu mase tu umur ku darjah 5 aku ada membawa satu helai kain disekolah rendah agama untuk kesat hidung kerana masa itu aku baru mendapat selesema,dahlah bulan puasa dengan nak puasa lagi dengan selesema bagai aduhai betapa peritnya waktu itu dengan dahaga masyaallah..menjelang waktu belajar masa itu adalah pelajaran alquran, aku meminta dekat seorang guru untuk pergi ke tandas "ustazah saya ingin pergi tandas" ustazah kata "pergilah" maka aku pun pergi lalu aku keluarkan sehelai sapu tangan dan aku membasuh sapu tangan itu dan aku perah kedalam singki dan aku basuh kembali sehinggalah bersih lalu aku basuh lagi sekali,masa itulah aku rasakan sangat tergoda melihat air paip dan aku mula berfikir nak minum atau teruskan berpuasa berulang ulang kali lalu iman tidak kuat maka aku pun membasuhkan kembali sapu tangan itu dan aku perahkan kedalam mulutku...betapa masa itu aku merasakan masyaallah lazatnya..hahahaha.....selepas membuat perkara yang tidak senonoh aku pon keluar dari tandas dan aku pun kembali kekelas dan membuat seperti tiada apa apa berlaku...

Bila sudah remaja memikirkan balik perkara yang lalu aku merasakan sungguh menyesal dengan perangai masa lalu..ini adalah pengajaran bagi ku..

kini 2014 aku berazam hendak berpuasa bersungguh sungguh....ya allah kau berikanlah aku puasa yang penuh buat ku untuk merasakan betapa lazatnya mengharungi bulan ramadan ini..aamiin ya rabbal aalamin..
 
baiklah aku harus tidur kerana mengantuk bangat deh..jadi aku meminta diri dulu assalamualaikum...