Wednesday, 31 December 2014

HANDPON KORANG PUNYA PASALLAH..

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini rasa macam nak luahkan je apa yang ada dalam hati ini....
Aku ingat dia datang untuk bersama sama dengan aku,ternyata handpon lebih utama dalam setiap kehidupan dia...aku cakap dia buat "dono" je..seolah olah aku bercakap dengan tunggul kayu atau dinding konkrit yang mungkin boleh memahami apa yang aku bicarakan..
Aku nak tanyalah dalam hidup ini harus sentiasa dengan handpon,laptop,komputer,tab,dan keturunan itu je eh yang mampu orang buat...agak agaklah,dengan benda benda ini semua boleh buat korang hidup bahagia ye?
dengan handpon,kehidupan kita akan cerah ke?
dengan handpon hidup kita akan jadi lebih bermakna ke?
aku tak marah kalau orang main handpon tab komputer dan sebagainya.tapi,pernah tak terfikir kalau kita mahu berbicara dengan orang tu pastu dia buat kita ni macam tunggul kayu duduk dekat sebelah dia..agak agaknyalahkan timbul tak satu perasaan 'GERAM' atau 'MARAH'???
Tahu tak 'STRESS' dengan orang yang macam ni?
Sebagai manusia biasa aku punya perasaan marah kepada manusia spesies yang macam ni..
dengan handpon anak anak lapar dan terbiar macam itu je..
dengan handpon juga boleh berlakunya keretakan rumah tangga..
dengan handpon boleh membawa padah..
dengan handpon macam macam boleh berlaku...
disini bukan lah nak kata tak boleh berhandpon segala bagai,tapi harus ingat berpada padalah menggunakan handpon tu..
aduhai itu belum lagi dekat ruangan facebook macam macam benda berlaku..
sekarang paling 'pemes' ialah ingstagram wechat twitter wassup...
mentang mentanglah awak semua ada benda benda alah tu korang lupa yang korang ada tanggunggjawab pada keluarga negara dan bangsa..
aduh ayat negara dan bangsa tu macam aku ni askar dah..hermm...
oklah sampai disini sahaja luahan aku..
nasihat aku:
kalau nak main atau nak itu ini bla bla dengan handpon tu harus ingat akan satu iaitu "TANGGUNGJAWAB" kerana tanggunggungjawab ini sangat penting dalam kehidupan kita,kalau kita lupakan tanggungjawab kita maka punahlah segala galanya...nak contoh tak?
contoh:
si isteri ada handpon sampai lupa tanggungjawabnya terhadap suaminya lalu sisuami terasa hati dengan isterinya,dah tak pasal pasal sisuami tu makan dekat luar,balik pulak selalu lambat sampai kekadang terus tak balik tidur rumah kawan..itu kira ok lagi cuba si suami tu kahwin lagi satu perghh lamak ai..meraung empat bulan tak henti tu...hanya lupakan tanggungjawab maka si isteri tadi dapat dua benda dalam kehidupannya yang pertama ialah dapat dosa kerana abaikan tanggungjawab terhadap suami yang kedua si isteri itu dapat satu perkataan yang manis tapi hempedu yang dirasakanya iaitu 'MADU'
cerita ini mengikut akal gila aku je...kalau betul aku tak ada kena mengena dalam kehidupan awak awak semua...hahahhaah..terima kasih