Sebagai seorang anak pasti kita ada perasaan ingin berbakti kepada kedua orang tua,pastinyalah akan wujud perasaan ingin membahagiakan kedua ibubapa kita.Kerana ibubapa telah bersusah payah atau dikenali sebagai "buat kita" (harap faham~fahamlah) barulah allah hadirkan kita didalam rahim ibu kita,apabilah sudah cukup usia sembilan bulan didalam kandungan ibu barulah kita dilahirkan kedunia dengan susah payah,jerih perih,dan kesakitan.setelah dilahirkan ibubapa pastinyalah tersenyum kegembiraan kerana adanya kita,kitalah cahaya mata mereka,setelah itu bapa kita pula yang akan mengazankan ditelinga kita,masa itu ibu dan bapa kita berkata kata didalam hati "jadilah anak yang soleh solehah,bahagiakan kami nak,jangan nakal nakal,jangan lawan cakap kami ya nak" setelah itu ibubapa mendoakan kita didalam hati "ya allah terima kasih kerana memberikan kami cahaya mata yang terindah buat kami,jadikan anak kami anak yang soleh dan solehah." begitulah ibu dan bapa kita apabilah sudah mendapat kita.Setelah itu apabila kita sakit ibubapa inilah yang akan bersusah payah menjaga kita, si ibu pula apabila kita sudah merengek ditengah malam dia bangun memberi susu dan sebagainya,bila kita sakit,bagi ibu dan ayah bekerja untuk menyara kita tentulah mereka akan berbincang siapa yang akan mengambil MC,bila kita sihat kedua ibubapa merasa lega,kiranya dipendekkan cerita ibubapa kita banyak sangat berkorban demi kita,sakit mereka, tidak mereka hiraukan yang terpenting sekali adalah anak anaknya harus diberi makan pakai tempat tinggal dan perlindungan. Itulah mereka yang tidak mahu melihat anak anaknya susah,selagi mereka mempunyai tulang empat kerat,mereka pasti akan berusaha sehabis daya untuk melihat anak anaknya berjaya didunia akhirat.
Mulia sungguh hati kedua ibubapa kita,pabila usia mereka mula menginjak keusia yang tua,seharusnya kita sebagai anak membahagiakan mereka seperti mana mereka membahagiakan kita dari kecil sehingga kita dewasa,sedikit sebanyak pastinya kita ingin berbakti kepada kedua orang tua kita,kerana kita sebagai anak tentunya cintakan kedua ibubapa,tapi kita malu untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ibubapa kita.
Guruku pernah bertanya didalam kelas "okey saya nak tanya kepada kamu semua, kalau ibubapa kamu datang kekelas kamu sekarang ini, apa yang akan kamu lakukan? peluk dan cium ibubapa atau buat tak tahu?" jawapan kami didalam kelas "kami akan buat biasa biasa saja cikgu" dan guruku berkata "sungguh cikgu kesal dengan jawapan kamu semua,kalau ibubapa cikgu datang didalam kelas ini,cikgu akan peluk cium dan sayang mereka.mengapa kamu berkata begitu?" guru kami bertanya kepada kami semua, dan salah seorang kawan mengangkat tangannya dan menjawab "kerana saya malu cikgu"dan guru kami pun nasihatkan kepada kami "jangan berkata begitu wahai anak anak murid ku,ibubapa adalah amanah kita,ibu telah melahirkan kita,ayah pula mencari pendapatan untuk kita,saya nak kamu semua ingat satu perkara jangan melawan ibubapa dan jangan buat mereka menangis,nanti allah akan marah pada kita kalau kita membuat duka kepada hati ibubapa kita,balik nanti kamu cium ibubapa,kamu peluk dan katakan yang indah indah buat mereka,mintalah kemaafan daripada mereka." allah allah..bila difikir fikirkan balik benar apa yang guruku katakan,tapi pada usia ketika itu apalah yang ada dalam fikiran kami?
Sesungguhnya kita harus berbakti kepada kedua ibu bapa kita.
akhir kata pengucapan,
terima kasih kerana melahirkan kami anak anak mu, yang dosanya berlimpah ruah sehinggakan tiada tempat untuk kami disyurga, wahai mama ku dan babah ku ampunkan kami adik beradik yang sering melakukan dosa yang sering melakukan luka dihati kalian. dikaulah kedua ibu bapa kami yang tiada gantinya...
apalah yang dapat kami membahagiakan kalian,kami hanya mampu iringkan kalian kesyurga dengan satangkai doa,walau kami bukan anak yang soleh dan solehah,kami akan sedaya mungkin mendapatkan gelaran itu.mama dan babah adalah syurga bagi kami, mama dan babah adalah kasih kami, dan mama dan babah adalah kebahagiaan kami setelah allah dan rasul...
mama babah kami akan menjaga mama dan babah selama lamanya...
semoga aku tidak akan merungut bila menjaga kedua ibubapaku
semoga aku bertahan dengan kedua ibubapaku..
tuhanku allah bantulah aku dalam menghadapi segala ujian mu,tabahkan aku ya allah.
ya allah beri ibu bapa ku kebahagiaan,berikan mereka rezeki yang baik,jadikan mereka tetamumu di makkah dan syurga jauhkan ibubapaku dari neraka yang panas bahang apinya,sesungguhnya engkaulah tuhan seluruh alam.
allah berikan ibu bapa ku bahagia dunia akhirat.
allah berikan ibu bapaku ubat penawar dikala hatinya resah,
allah panjangkan usia ibubapa ku
allah sayangkan mereka ibu bapaku
allah ampunkan segala dosa ibu bapa ku
allah jangan beri azab buat ibubapaku
allah hindarkan syaitan menghasut ibu bapaku
allah berikan kesembuhan buat ibu bapa ku dikala mereka sakit sakitan.
segala galanya hanya engkau yang mampu memakbulkan doaku...
aaminn ya rabbal alamin..