Monday, 13 November 2017

SEMUANYA KADDANG KADDANG..

KADANG KADANG ENGKAU GEMBIRA.
KADANG KADANG PULA ENGKAU SEDIH.

KADANG KADANG BERCINTA.
KADANG KADANG ENGKAU PUTUS CINTA.

KADANG KADANG ENGKAU DITIPU.
KADANG KADANG IA BENAR.

KADANG KADANG TERSALAH JALAN.
KADANG KADANG JALAN ITU BETUL.

KADANG KADANG ENGKAU TERASA ITU BENAR.
KADANG KADANG IANYA SALAH.

KADANG KADANG ENGKAU LELAH.
KADANG KADANG ENGKAU BERSEMANGAT.

KADANG KADANG ENGKAU SUNYI.
KADANG KADANG ENGKAU MERASAI RAMAI.

KADANG KADANG ENGKAU MERASA PAYAH.
KADANG KADANG ENGKAU MERASA SENANG.

KADANG KADANG ENGKAU TERMAKAN FITNAH,
KADANG KADANG ENGKAU MENFITNAH.

KADANG KADANG ENGKAU RASA DISAYANGI.
KADAG KADANG ENGKAU MENYAYANGI.

KADANG KADANG ENGKAU BERMIMPI MIMPI.
KADANG KADANG ENGKAU TERSEDAR DARI MIMPI ITU.

KADANG KADANG ENGKAU MERASA IANYA DEKAT.
AKAN TETAPI SEBENARNYA IANYA JAUH.

KADANG KADANG ENGKAU MERASA MENGHAMPIRI.
KADANG KADANG ENGKAU TERASA AMAT JAUH.

Friday, 10 November 2017

MY PETS


INI NAMANYA ADEQ..
SEKARANG GELAGAT DIA BUKAN MAIN..
KERJANYA NAK TUNJUK KUASA WALAUPUN SUDAH SUNAT..



GELAGAT DIA SEBELUM NAK TIDUR..
MANDI DULU..


ADEQ ADALAH KUCING JENIS MANX.


NI NAMA DIA TK..
TK NI SUDAH KENA SUNAT..
SEKARANG NI MANJA KEMAIN LAGI..



TK NI ADALAH KUCING SEJENIS AMERICAN SHORT HAIR,MAK DIA KAMPUNG.


NI NAMA DIA SUSU..SUSU NI MANJA TERLEBIH..





SUSU NI DIPANGGIL MINAH BONTOT.
SEBAB KENAPA DIPANGGIL BEGITU?
KERJAANNYA NAK SURUH TEPUK BELAKANG DIA JE..
SUKA SANGAT..
NANTI DIA MENGGEDIKLAH DENGAN ORANG MENEPUK BELAKANG DIA...



SUSU NI KOREA SUNGGUH TAU..SEBAB SEBENARNYA DIA TAK LAWA SANGAT PON.
BILA AMBIL GAMBAR DIA SOO FAKE!!
NAMPAK LAWA GILER KAN?
PADAHAL KUCING BIASA BIASA SAJA..



SUSU JUGA ADALAH ADIK BERADIK KEPADA SI TK..





Tuesday, 24 January 2017

cinta cintun

ok..

aku sendiri tak pernah rasa bagaimana perasaan cinta sesama manusia atau berlainan jantina.
tapi yang pasti aku rasa takut untuk jatuh cinta.
kerana aku takut dikecewakan...sebab aku tak suka dikecewakan..

aku pernahlah couple,tapi tak lama mana pun dua hari je,sebab aku rasa bersalah yang teramat sangat.
lagipun kalau couple sebelum kahwin ni tah pape je kan..tak de keberkatan..





aku pernah lah minat dekat orang ramai juga,termasuklah sepupu aku belah babah,rasanya belah mama pon ada je..tapi aku rasa cam bodoh pon ada juga...tak pape je minat dekat sepupu sendiri kui kui kui...




pernah dulu,aku minat dekat perempuan..bukan lesbian!
minat kerana dia lemah lembut,sopan,dan dia seorang perempuan yang elok tingkah dan lakunya..
seperti mana sepupu lelaki aku lah..semua tu kerana dan sebab mereka mempunyai perwatakan yang amat sejati dalam pandangan mata aku.


sebab itulah aku minat...

tapi cinta aku btak pernah rasa...
bak kata dalam novel yang banyak baca.
kalau jatuh cinta ni,akan ada rasa seperti gemuruh,berdebar debar,dan sebagainya..

tapi hari tu aku ada temu duga kat giatmara,pagi tu aku ada rasa gemuruh pastu berdebar debar.tak lama tu aku kena panggil masuk untuk ditemu duga dalam bilik tu...

kebetulan pulak yang menemu duga aku tu seorang lelaki,
lagilah berdebar debar hati aku tidak menentu,difikir fikirkan balik.
aku jatuh cinta ke?
hahahaha....

macam tu ke jatuh cinta???
hahhaa...
alah fitrah manusia mestilah nak dicintai mencintai,disayangi menyayangi,memiliki,dan sebagainya..
janganlah kata aku gedik ke apa...
sebab aku cuma nak tahu je...
bagaimana rasa orang yang bercinta..
hanya tengok drama jelah atau paling tidak baca buku novel..



ok sampai di sini sahaja...bye assalamualaikum..

the gediks punya perasaan

ada satu kisah kelakar lah juga..
hari tu aku pergi ke hospital hukm sebab aku kan ada masalah dengan gigi..
pastu tibalah masanya aku dipanggil untuk datang ke hukm tersebut sebelah hkl sahaja..
ingatkan kena lah buat braces..tapi aku tak nak sebab gigi aku sekarang dah lawa...
bak  kata mama gigi aku ni bila senyum manis je tengok..tapi aku memang manis dan cantik pun hahah...
pastu ada kakah tu punya lah lawa,comel,cute miut lah katakan.
dia pun check lah gigi aku,berejam kena check..
sehinggalah ada seorang dokter pakar gigi datang dia menerangkan tentang gigi aku,itu ini begitu dan begini,
tapi masa aku kena check gigi tu...mata aku silau pastu kena nganga besar besar.jadi mata aku pula jadi sepet.
hati dan mata aku pula,nak lah intai dokter tu tapi tak boleh dek silau yang tersangat silau,nampak pun hanya sipi sipi sahaja...
dokter pakar tu lelaki..
huhuhu....
tak lama lepas tu perghhh....
series tak tipu...
hensem gile!!!!

aku sendiri pun dah tak kenal dengan diri aku ni...sejak nak masuk umur 20 ni,hati aku menjadi sedikit gedik...eh tak lah sedikit banyak juga gediknya..
pantang nampak lelaki hensem!!!
hati aku mula lah duk berbunga gedik..
naik menyampah pon ada..
kalau dulu aku boleh je kawal  hati dan jantung aku sehinggalah kehari ini aku sepertinya tidak mampu untuk menanggung dijiwa...hahahaha...
sadis sungguhlah..

tak apa nanti aku akan cuba kawal lagi ok..

BERANGAN KONONNYA

ok aku pernahlah masa sebelum tidur tu,aku terberangan sehinggalah entah macam mana aku berangan yang agak mengarut hahha....
tapi aku tak nak lah cerita apa yang aku berangankan,aku cuma nak tanya jelah.

kalau seseorang itu kan,
berkahwin lalu tidak boleh mempunyai anak,setelah itu ibu dan bapa mertua macam paksa suruh kahwin lain,lalu si anak itu pun kahwin lain...setelah itu dapatlah seorang madu,kemudian nak dijadikan cerita tidak lama selepas berkahwin baru,si isteri kedua atau madu ni dapatlah seorang anak.kemudian si suami seperti mengabaikan si isteri pertama atau lebih senang cinta beralih arah ke isteri kedua,lalu di lepaskan atau diceraikan isteri pertama,..

isteri pertama pula macam tak dapat terima dengan apa yang berlaku terhadap diri dia yang telah diceraikan oleh si suami,lalu si isteri pertama ni macam nak hak dia balik,tapi dengan cara yang salah,seperti mengganggu rumah tangga bekas suami,lama kelamaan bekas mak mertua dan ayah mertua tidak suka dengan perangai si bekas isteri pertama.
sehinggalah terbabit ayah si bekas madu  mencampur tangan dalam urusan tersebut.
kemudian ayah si bekas madu tersebut seperti mengupah orang untuk buat jahat atau gertak bekas isteri pertama supaya jangan mengganggu rumah tangga mereka...
entah macam mana ayah bekas madu kahwin pula dengan perempuan tu...
jadi kat sini punya soalan,boleh ke ayah madu iaitu ayah mertua kepada bekas suami,berkahwin dengan bekas isteri yang pertama???
  
hebat tak berangan aku???? 
aku pun tak tahu lah tetiba terberangan yang sangat tinggi.


tapi kelakar..
selepas aku berangan macam tu,terus aku tidur...tak nak fikir apa apa dah...takut..
hahah

Sunday, 6 November 2016

YANG PENUH NODA

dunia ini penuh dengan keindahan sampai diri kita hanyut dalam keindahan tersebut,
dunia ini penuh dengan kecantikan sehingga diri kita hanyut dalam kecantikan itu,
dunia ini penuh dengan kepalsuan sehingga kita tenggelam dalam kepalsuan itu.
dunia ini penuh dengan kepura puraan namun kita terjun dalam kepura puraan itu.

mengapa diri ini senang melupakan DIA?
mengapa diri ini terlalu obses dengan dunia?
mengapa diri ini terlalu mengikut kehendak hati,sehingga membolehkan diri ini terkapai dalam keobsesan tersebut?
mengapa diri ini terlampau mengikut hawa nafsu yang membinasakan?
mengapa diri ini kerap melupakan DIA sebagai TUHAN YANG MAHA AGUNG?

diri ini penuh dengan dosa dan noda,
walau ku tahu tuhan itu maha pengampun,
namun aku malu dengan TUHAN,
diri ini tahu TUHAN itu berkuasa.
lantas mengapa diri ini terlalu bongkak dalam dunia ini?
mengapa diri ini tidak tahu takut akan nerakanya?
mengapa diri ini tidak tahu malu dengan TUHAN ketika melakukan dosa?
mengapa diri ini terlalu mengikut kata hati?

bukan salah dunia namun diri inilah memandu menuju dosa dan noda itu..
bukan salah dunia kerana diri inilah yang melakukan hal tersebut..

ya!
dunia tidak bersalah kerana DIA menciptakan dunia untuk makhluk beribadat kepadanya,namun diri ini yang telah melakukan dosa dan noda berulang ulang kali tanpa merasai jemunya dosa itu.
mengapa boleh terjadi sebegini?
mengapa?
mengapa?
dan mengapa?

kerana diri ini tidak mendekati DIA,DIA tuhan yang mencipta diri ini.
ianya bukan salah TUHAN,
tapi ia adalah salah sendiri.

mengapa tidak solat?
mengapa tidak menuntut ilmu akhirat?
mengapa tidak mempelajari alquran dengan lebih mendalam?
mengapa tidak ada rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap diri ini?
mengapa mesti diri ini melakukan dosa dan penuh dengan noda berulang ulang kali?
mengapa tidak membelek alquran dan membacanya?
mengapa meninggalkan alquran sebagai panduan kehidupan?
tidakkah ada rasa malu terhadapa TUHAN? 
mengapa berkurang ajar dengan TUHAN?
mengapa biarkan  HATI penuh dengan kehitaman?
mengapa mengata dan mengumpat orang seolah olah diri ini betul sepanjang masa?

kononnya diri ini hebat,
kononnya diri ini berkuasa,
kononnya diri ini wira,
kononnya diri ini berwibawa,
kononya diri ini tercantik,
kononnya diri ini pandai dan bijaksana.

sesungguhnya tanpa DIA siapalah kita?

DIA,ALLAH yang sangat menyayangi diri ini,namun diri ini yang telang zalim terhadap diri sendiri,
bila susah berulah mencari TUHAN,
bila senang lupakan DIA,


senangnya menipu diri sendiri sedang TUHAN MAHA MENGETAHUI hati masing masing.
TUHAN itu tahu setiap perkara yang kita lakukan,lantas mengapa diri ini terlalu angkuh dan sombong untuk menutupi sebuah perkara?
tidak adakah rasa berdosa dan bersalah terhadap TUHAN?

ampunkan daku TUHAN
ampunkan diri ini yang penuh dengan kejahatan dalam diri ini TUHAN.
ampunkan diri ini yang telah terlalu banyak dengan dosa dan noda ini TUHAN,
berilah daku pertunjuk dan bimbinglah daku menuju syurga mu TUHAN,
sayangilah diri ini TUHAN,
berilah kedua ibu bapaku kebahagiaan dunia akhirat,
bentukkanlah keluarga kami mawaddah warrahmah dan berkatilah setiap kehidupan kami di dunia ini...

aamin aaminn ya rabbal alamin



Thursday, 3 November 2016

TAKDE TAJUK ENTAHLAH POT PET POT PET JELAH LEBIH


TADAAAAAA....NI AKU MASA PERGI KE KEBUN MAK BEDAH DI ALOR SETAR KEDAH...
SERONOK SANGAT,DEKAT SANA AKU DAPAT SUATU ILHAM..
APA ILHAMNYA?

DISANA AKU JUMPA KAMBING ADA TIGA EKOR MAK DIA AYAH DIA DAN ANAK DIA..
SERONOK SANGAT..
AKU RASA KAN KAN SUATU HARI NANTI AKU NAK BUAT PENGUSAHAAN PENTERNAKAN KAMBING..

FUHH...SERONOK GILER....BOLEH BUAT DUIT. 
MUNGKIN BERBILION BILION!!!!
WOOO MASHUK WOO...

NANTI SEMUA ORANG RESPECT DEKAT AKU...
SERONOKNYA..

OK CERITA PASAL KAMBING NIKAN,SEBENARNYA MASA DEKAT KEBUN MAK BEDAH TU AKU ADALAH MAIN MAIN DENGAN ADIK AKU TU YANG SI HAZIM TU,THEN AKU TERJUMPA PULAK KAMBING DUK BERKELIARAN,AKU PUN APA LAGI BERLARI  LARI UNTUK MENDAPATKAN KAMBING TU...PAYAH BETUL SAMPAIKAN BERPELUH PELUH KETIAK AKU UNTUK DAPATKAN KAMBING TU....AKU UMPAN MAKAN DIA MAKAN TAPI ORANG KATA JINAK JINAK MERPATI (JINAK JINAK KAMBING PON BOLEH JUGAK NI) PASTU ENTAH MACAM MANA AKU AKHIRNYA DAPAT LAH KAMBING TERSEBUT...LETIH GILER KEJAR KAMBING TU...
HEHEHE...BILA DAH DAPAT TANGKAP APA LAGI  KEBETULAN DAH SEDIA ADA TALI DEKAT LEHER KAMBING TU,AKU PUN APA LAGI MAINLAH DENGAN KAMBING TU,PASTU JALAN JALAN BAWA DIA PERGI MAKAN POKOK PISANG MAKAN RUMPUT RUMPUT DAN DAUN DAUN....ADIK AKU YANG MELIHATKAN KELETAH AKU CUMA GELAK JE..MAKLUM SAJALAH KATA ORANG JAKUN..
KEMUDIAN ADIK AKU KATA DIA DAH PENAT SANGAT MAIN..
CUMA AKU SORANG JE MASIH MAIN MAIN DENGAN KAMBING TU..
HUHUHU...SERONOKNYA...

PASTU MAMA KATA AKU PUNYA HIDUNG CEPAT BERPELUH..
MAMA KATA LAGI ORANG YANG KUAT BERPELUAH ATAS HIDUNG BOLEH BELA KAMBING..MAMA KATA LAGI ORANG TUA TUA YANG CAKAP BEGITU SEBAB MAMA KATA MEREKA MENGIKUT PENGALAMAN..
JADI MAMA ADA TANYA
"LYDIA,KAMU MINAT TAK KALAU BUAT PENGUSAHAAN KAMBING?"
AKU APA LAGI
"MINAT GILER"
AKU NI MEMANG TAK BOLEH TAKDE BINATANG,SEBAB BILE ADA BINATANG NI AKU AKAN MENJADI JE KERJA YANG AKU INGIN BUAT..
AGAKNYA MESTI AKU BEKERJA BERKAITAN DENGAN BINATANG..
TAPI SATU JELAH TABIAT AKU DARI KECIL SEHINGGA KINI
TANG AKU SAYANG PERGHHH SAYANG GILER GILER..
TANG AKU BULI HABIS SEMUA MENANGIS!!!

CONTOHNYA KUCING...TANG AKU BELA SAYANG CINTA SUNGGUH WOOO!!!
TANG MOOD BULI DATANG MENANGIS LAH KAU WAHAI KUCING..
AKU BULI KETUK KEPALA KUCING ITU TAKPE!
TAPI~~~~~~
KALAU ORANG LAIN YANG BUAT HOHOHO...
TAK BOLEH WOOO..
RASA CAM TERSIAT SIAT SAJA HATI INI...

BILA TERINGAT BALIK,AKU RASA MACAM MENYESALLAH PULAK BILA BULI KUCING NI,NANTI AKU KENA MINTA MAAF LAH DEKAT KUCING KUCING AKU TU...
HEHEHEEHHE....

NAK TENGOK GAMBAR KUCING AKU?
NANTI AKU BAGI GAMBAR,TAPI KALAU ADALAH...
AKU MEMPUNYAI TIGA EKOR KUCING,
SATU NAMANYA ADEQ,ADEQ NI SEEKOR KUCING YANG SANGATLAH PENAKUTNYA DAN MUDAH SANGAT KUS SEMANGATNYA(KUAT TERKEZUT) ADEQ NI SEJENIS KUCING (MANX) 
YANG KEDUA NAMANYA SUSU AKA SHUSHU
DIA BETINA,MUKA DIA JENIS AYU TING TING HAHAH.....
DIVA PALING SOPAN..
KUCING MELAYU TERAKHIR MUNGKIN PERTAMA KOT..
SHUSHU NI JENIS AMERICAN SHORT HAIR TAPI CAMPURAN DENGAN KUCING YANG KAMPUNG YANG AGAK BESAR.. 
YANG  KETIGA ADALAH TEY KEY (TK)
DIA NI PERANGAI MANJALAH JUGAK TAPI GALAK LAH MAIN NYA..HABIS SEMUA BARANG JATUH LAH APALAH PECAHLAH....PENAT SUNGGUH..
DIA NI ADIK BERADIK DENGAN SHUSHU DIA,TK NI PANDAI..DAN DIA SEEKOR KUCING JANTAN...
TAK LAMA LAGI KENA KIYOK LAH DIA PUNYE TUTTTT...


OK BILA SEMUA EKOR KUCING KUCING INI BERGABUNG PERGHHH...NAK TERBALIK RUMAH..
INILAH ADEQ YANG HENSEM..AMACAM???
COMEL KAN KAN KAN??

NI PUN GAMBAR ADEQ


SORRY GAMBAR LAGI DUA EKOR TARA ADA..
SEKIAN..
SAMPAI DISINI SAHAJA