ada satu kisah kelakar lah juga..
hari tu aku pergi ke hospital hukm sebab aku kan ada masalah dengan gigi..
pastu tibalah masanya aku dipanggil untuk datang ke hukm tersebut sebelah hkl sahaja..
ingatkan kena lah buat braces..tapi aku tak nak sebab gigi aku sekarang dah lawa...
bak kata mama gigi aku ni bila senyum manis je tengok..tapi aku memang manis dan cantik pun hahah...
pastu ada kakah tu punya lah lawa,comel,cute miut lah katakan.
dia pun check lah gigi aku,berejam kena check..
sehinggalah ada seorang dokter pakar gigi datang dia menerangkan tentang gigi aku,itu ini begitu dan begini,
tapi masa aku kena check gigi tu...mata aku silau pastu kena nganga besar besar.jadi mata aku pula jadi sepet.
hati dan mata aku pula,nak lah intai dokter tu tapi tak boleh dek silau yang tersangat silau,nampak pun hanya sipi sipi sahaja...
dokter pakar tu lelaki..
huhuhu....
tak lama lepas tu perghhh....
series tak tipu...
hensem gile!!!!
aku sendiri pun dah tak kenal dengan diri aku ni...sejak nak masuk umur 20 ni,hati aku menjadi sedikit gedik...eh tak lah sedikit banyak juga gediknya..
pantang nampak lelaki hensem!!!
hati aku mula lah duk berbunga gedik..
naik menyampah pon ada..
kalau dulu aku boleh je kawal hati dan jantung aku sehinggalah kehari ini aku sepertinya tidak mampu untuk menanggung dijiwa...hahahaha...
sadis sungguhlah..
tak apa nanti aku akan cuba kawal lagi ok..
No comments:
Post a Comment