Tuesday, 18 August 2015

LUAHAN PERASAAN.

ASSLAMUALAIKUM,HARI INI AKU NAK LUAHKAN SEDIKIT PERASAAN, SIKIT TAK SIKIT JUGALAH

ni kes gatal hati sikitlah ihihih. okey yang pertama
boleh tak kalau aku nak jatuh hati pada orang? erkk..kalau tu pastinyalah jatuh cinta pada orang lelakikan..
kedua kalau aku sukakan pada seseorang tu bagaimana pula dengan penerimaan keluarga..
ketiga kalau seseorang tu tolak cinta aku bagaimana boleh ke aku menerima..
keempat hurm...kalau aku kahwin boleh ke seseorang itu menerima aku dengan seikhlas hati dia..?
kelima boleh ke aku terima segala kekurangan diri dia..?
keenam bagaimana kalau lepas kahwin gaduh gaduh dan cara penyelesaian dia dimana? adakah dengan penceraian..??

yang paling paling penting orang kata lepas kahwin ni kena pandai mengemas rumah,memasak.membasuh baju pendek kata semuanya isteri kena buat..
dahlah aku ni jenis seorang pemalas,memasak hampeh,mengemas lagilah hampeh..tapi kalau bab spa hah yang tu aku minat...
okey.. terus terang aku suka pada seorang mamat ni nama dia bagi gelaran jelah..chenta hati..
dahulu chenta hati ni adalah jiran aku,dan dia adalah seorang rakan kelas,chenta hati ini mama dia yang bagi..
suatu ketika dahulu masa aku darjah tiga didalam kelas,chenta hati duduk dibelakang aku dan aku duduk didepan dia..masa tu kelas gamat dengan bunyi bising,aku ni pula biasalah duduk diam dekat meja belajar entah bagaimana aku rasa nak menoleh kebelakang lalu aku pun menoleh muka ku kebelakang,aku pun terpandangkan chenta hati dan dia telah menegurku "hai" aku pun balaslah "hai" dia pula suruh aku pusing kebelakang dan duduk menghadap chenta hati.dia pun menanya "awak nama apa?" aku pun menjawab "nama saya lydia,awak nama apa?" chenta hati pun menjawab "nama saya mohd amirul nazmi,awak minat tak lagu nasyid raihan?" aku "eh tu lagu kegemaran saya,awak minat kumpulan raihan?" chenta hati "aah saya minat sangat lagu raihan,awak pernah dengar mari kita tunaikan solat sehari semalam lima waktu nabi kita,nabi muhammad tuhan kita allah yang satu..?" aku "oh pernah suka dengar lagu tu..tapikan kita tak hafal lirik dia" chenta hati "okey nanti awak dengarlah" lepas tu adalah seorang mamat ni nama dia jefry nakal sangat ada ke patut budak tu pergi kata begini "wei lydia dengan amirul bercinta" satu kelas gamat bunyi bising lagi, bengang je aku waktu tu terus aku bangun tarik kerusi dan terus menghadap ke hadapan..
sehinggalah tiba masa darjah 4 dia pindah ditaman perumahan ku,masa tu baru pindah mama dengan abang sulung aku masak chickenchop sedap weh..aku ni pula keluar sebab ternampak dia sedang bermain diluar rumah,aku pun tanyalah "buat apa kat sini?" chenta hati pun jawab "aku dah pindah sini tu rumah aku" aku "aik kau pindah situ.." chenta hati jawab lagi "iyelah aku dah pindah sini" aku pun bermain main lah dengan dia..dan masa tu aku ingat lagi babahku sedang siram pokok pastu aku kenalkan chenta hati dengan babah ngan mama..tapi entah macam mana mama salah faham ingat kami tidak kenal antara satu sama lain tapi aku dah pandai ajak makan kat rumah hahaha....lama lama aku perjelaskan dekat mama aku katakan yang itu kawan aku disekolah dan didalam kelas,mama pon tak marah dah mama katalah "oo kawan kelas lydia rupenye" begitulah...pastu chenta hati bercakap cakaplah dengan babah dekat luar aku pun ada sekali waktu tu..babah tanya ayah kerja apa then dia cakap "ayah kerja polis" pastu babah pon cakaplah "ooo polis" dia tanya pula "pakcik kerja apa?" babah cakap "pakcik kerja cikgu" pastu lepas bersoal jawab dengan babah apa semua tu,kitaorang pon pergi main,macam macam yang kami main itulah inilah..
suatu hari pula babah terjumpa arwah ayah amirul babah pon berboraklah dengan arwah ayah amirul dan masa tu barulah tahu arwah ayah amirul rupanya bukan seorang polis,amirul punya cita cita rupanya..hahah..so lawak lah..selepas itu masa darjah 5 atau 6 amirul dan keluarga pindah,bertahun tahun kami tidak berjumpa cari dekat facebook pon tak berjumpa sehinggalah umur aku 18 tahun aku mencari juga dia di facebook akhirnya aku terjumpa..aku pun add dia..aku chating lah dengan dia tanya khabar,tanya keluarga rupanya ayah dia sudah meninggal dunia..kesian dia..aku hanya berdoa untuk amirul semoga keluarganya dilindungi allah dari sebarang bahaya..
tapi entahlah aku boleh pulak suka kat dia hahahaha....
alang alang dah suka kat dia nak buat macam mana kan..
tak tahu lah aku dah sampai tahap cinta atau belum kikikiikikiki...
aku teringin nak jumpa dia dengan keluarganya..rindu..
rindu makcik ct najdah rindu amirul nazmi rindu ammar nabil rindu arissa rindu aliana.. 

No comments:

Post a Comment