aku kasihan pada kedua ibubapa aku,melihat raut wajah mereka membuatkan aku sebak yang teramat.
selepas mama jatuh sakit hari itu mama mengalami sakit pada kedua dua betis,aku selalu urt apabila mama meminta dan apabila aku melihat raut wajah mama tidak menahan kesakitan.
aku tidak tahu hendak melakukan apa...
hannya mengurt kaki mama dengan harapan cepatlah mama sihat seperti sediakala...
rasa sangat nak menangis..
babah pula ada perselisihan antara adik beradik,babah sampai teramat tertekan.
aku sebagai anak dapat rasa kedua ibu bapaku mempunyai masalah..
tapi aku tak tahu bagaimana hendak membantu...
kasihan mama dengan babah,kerana mereka menunggu duit masuk dalam bank,tapi sehingga kini tiada duit masuk.
adakah aku harus bekerja?bayar bil eletrik seribu dua ratus,mana mama dengan babah nak membayar duit tnb?
aku cuma mengharap allah mengembalikan kebahagiaan mama dengan babah...
aku sayang mama dengan babah..
ya allah kembalikan raut ceria antara mama dengan babah..
babah bersabarlah..
mama tabahlah..
kalau aku tiada suatu hari nanti bagaimana mama dengan babah ye??
adakah hariz haikal hazim mampu menjaga kedua kedua ibu bapa kami?
ya allah ceriakanlah hari hari kami tanpa kesedihan,gundah gulana,sakit hati,kerisauan dan sebagainya..
ya allah permudahkanlah segala urusan mama dengan babah..
permudahkanlah urusan perniagaan pakcik bain.
satukanlah hati hati kami dalam menuju jannahmu..
ya allah berilah mama dengan babah kebahagiaan dunia akhirat..
ya allah sesungguhnya wallau aku bukan anak yang solehah,tapi aku sebagai anak yang telah ibu ku mengandungkan ku tidak salah jikalau aku mendoakan kebahagiaan buat ibubapaku..
kau tolonglah kabulkan segala hasrat mama dan babah.dan kabulkanlah doaku..
No comments:
Post a Comment